
Background
Unit Kebudayaan dan Rekreasi UniMAP atau nama lainnya dikenali sebagai Kumpulan Indrasutra yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 2015 di bawah Jabatan Canselori Universiti Malaysia Perlis. Peranan unit ini adalah mengelola acara-acara anjuran Universiti khasnya disamping menjayakan anjuran bersama Jabatan-Jabatan Kerajaan. Disamping itu juga Kumpulan Kesenian dari Indrasutra UniMAP bersedia mengadakan persembahan musik dan tarian tradisional untuk acara-acara khas, acara-acara eksklusif, pelancaran, makan malam tahunan (Annual Dinner), (Syarikat Persendirian), dengan kadar bayaran harga yang berpatutan. Kumpulan ini terdiri daripada artis budaya, penyanyi dan juga pemuzik professional yang mempunyai pengalaman dalam persembahan bertaraf antarabangsa. Selain itu, kumpulan ini juga boleh memainkan lagu-lagu terkini mengikut citarasa dan tema majlis. Kumpulan ini juga terlibat dalam banyak acara yang dianjurkan oleh kerajaan negeri serta majlis keramaian anjuran persendirian.